Monday 26 January 2015

Tak Tau Gunting vs Tak Tau Makan

Masa saya darjah 2...

Guru kelas saya juga ajar kami subjek pendidikan seni. Pada suatu hari, kami dikehendaki menggunting kertas untuk buat sesuatu. Saya tak boleh menggunting dengan betul. Ketika tu mungkin saya langsung tak boleh gunting tanpa bimbingan seseorang. Namun saya sendiri tak berani beritahu Cikgu. Jadi saya meminta ibu datang kelas jumpa Cikgu tu beritahu yang saya ni tak boleh gunting.

Ibu: Cikgu, anak saya ni tak tau gunting.

Cikgu: Ah..chin chin tak tau makan.

Ibu: Cikgu, anak saya chin chin tak boleh, tak tau gunting.

Cikgu: Apa..chin chin tak tau makan.

Hati ibu terasa amat sedih bercampur marah. Mula-mula dia ingat Cikgu tersilap dengar. Tapi setelah dia beritahu kali kedua, Cikgu tetap beri jawaban yang sama. Nyata Cikgu mempermainkannya. Kata-kata Cikgu tu amat terguris hati seorang ibu. Air mata ibu menitis.

Ibu: Kalau tak tau makan, sudah da mati.

Cikgu: Oh chin chin tak tau gunting. Takpa, nanti saya tolong dia gunting.

Ibu memang rasa marah pada Cikgu tu. Tapi selepas peristiwa tu, Cikgu cuba berbaik-baik dengan ibu. Cikgu ditukarkan ke kelas pagi ajar darjah 5 tidak lama kemudian. Sungguhpun begitu dia tetap ambil berat terhadap saya. Cikgu juga berkawan dengan ibu. Dia akan menegur sapa ibu apabila terserempak dengannya di mana-mana.

Ok..cakap pasal mengunting pula. Sekarang saya tetap menghadapi masalah untuk menggunting sesuatu kertas mengikut garisan. Saya biasanya meminta ibu tolong gunting ini itu bagi saya apabila perlu. Semasa di sekolah menengah ada kalanya saya pernah cuba gunting sendiri kertas latihan atau keratan akhbar untuk pembelajaran. Hasil kerja saya ni sememangnya tak elok. Ada bahagian di sana sini yang terlebih gunting dan ada bahagiannya yang tergunting.

.

2 comments:

  1. Chin Chin, saya kagum dengan semangat ibu awak & awak. Teruskan gigih menjalani kehidupan. You can do it! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syida, terima kasih. Kak juga seorang mama yang hebat. Terus berusaha beri apa terbaik kepada Abil dan anak-anak lain. Kak pasti boleh melakukannya dan Abil pasti akan terus maju dan membanggakan kak sekeluarga.

      Delete